assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam ke atas Rasulullah
saw yang menjadi pemimpin umat dan pembawa rahmat ke seluruh alam buana ini.
Kembali lagi penulis dalam menerbitkan satu pesan rahmat yang mungkin sedikit
sebanyak dapat dijadikan pedoman buat pembaca yang dirahmati Allah. Dalam edisi
ini, penulis akan melayarkan pemikiran pembaca tentang satu bab dalam kitab
yang dikarang oleh Imam Syafie. Penulis memilih Bab 12 yang penulis kira cukup
penting untuk pembaca dalami. Dalam bab ini, pelbagai persoalan dirungkai
tentang berita dahsyat tentang hari kehancuran dunia iaitu hari kiamat. Di
dalam bab ini juga diterangkan hadith daripada Muaz bin Jabal (terkenal dengan
gelaran pemegang panji feqah umat Islam) tentang hari kiamat.
Sidang pembaca
yang dikasihi,
Baiklah.
Sekarang penulis akan menerangkan Bab 12 ini dengan lebih jelas. Daripada Muaz
bin Jabal, sabda Nabi Muhammad SAW :
“Suatu
hari, aku telah bertanya kepada Rasulullah tentang Surah An-Naba’ (berita yang
dahsyat) “Wahai Rasulullah kekasih Allah, bagaimana tuan dapat terangkan ayat
ini? “ Rasulullah menjawab “Wahai Muaz, sesungguhnya kau telah bertanya
kepadaku sesuatu yang sangat dahsyat.” Lalu Rasulullah menangis.
Setelah reda daripada tangisan, Rasulullah pn
berkata “ Akan dihimpunkan10 bangsa dalam umatku dalam pelbagai keadaan dan
Allah telah asingkan mereka, antara yang muslim dan yang munafik. Pada masa
itu, diubah rupa paras mereka tidak ubah seperti rupa di dunia dahulu. Rupa
mereka seperti berikut :-
1) 1) Kera
2) 2) Khinzir
3) 3) Diterbalikkan
kaki ke atas dan mukanya diseret di bawah
4) 4) Mereka berjalan
dalam keadaan buta
5) 5) Mereka akan
menjadi buta, tuli, tiada akal dan juga bisu.
6) 6) Mereka akan
mengunyah lidah mereka sehingga terkulai lidah mereka ke dada dalam keadaan nanah mengalir.
7) 7)Tangan terpotong
dan kaki terpotong.
8) 8)Dipasung dab
disalib di batang-batang api.
9) 9)Baunya tersangat
busuk daripada bangkai.
10) 10)Mereka datang
dengan berpakaian ‘jilbab’ besalut getah.
Mesti pembaca tertanya-tanya sebab apa mereka dijadikan / dibangkitkan
dalam keadaan sebegitu sekali. Sekarang penulis akan menerangkan bagi setiap
rupa yang terdapat dalam hadith ini. Rasulullah memberitahu ; Manusia yang
dibangkitkan diakhirat kelak yang rupanya seperti kera. Kerana apakah mereka
menjadi sedemikian rupa? Ini adalah kerana di dunia dahulu dialah orang yang
suka menabur fitnah dan suka melemparkan tohmahan serta cacian kepada
saudaranya. Penulis banyak memerhati dan meneliti setiap tindak tanduk manusia
dan rakan-rakan penulis sendiri. Penulis terkejut dan terus beristighfar
sebanyak-banyaknya kerana sedih mengenangkan perbuatan mereka. Mereka dengan
sesuka hatinya mengucapkan kata-kata kesat (mencarut) tanpa rasa bersalah
kepada Allah S.W.T. dan suka mencaci dan memanggil rakan mereka dengan
panggilan yang tidak elok. Penulis bukan hendak mengata tetapi hendak
menyedarkan pembaca bahawa begitu hinanya orang yang suka menyebarkan fitnah di
muka bumi dan sudah tentu tempat yang abadi juga hina sehina-hinanya iaitu
neraka.
Kedua,
rupa khinzir kerana mereka mengusahakan harta atau sumber yang haram. Dalam
bab haram dan syak/ riba’ ini terlalu luas untuk penulis huraikan dan
InsyaAllah penulis akan karangkan khas untuk bab ini sahaja.
Ketiga,
diterbalikkan kaki ke atas dan mukanya diseret ke bawah: orang yang makan riba.’
Keempat, dibangkitkan dalam keadaan buta; kerana berlaku zalim dalam
menjatuhkan hukuman. Inilah sebenarnya peringatan yang Allah beri kepada para
hakim yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah.
Kelima,
mereka akan jadi tuli, bisu, tiada akal dan juga buta; orang yang riak dengan
amal kebaikan yang dilakukan. Terkadang penulis juga ada sifat sebegitudan
penulis rasa dan berfikir bahawa terdapat perbezaan anatra iman dan amalan.
Yang pentingnya, iman tidak perlu di timbang dan amalan yang akan ditimbang.
Jadi jangan dibiarkan penyakit riak ini bersenandung di hati keranb lama
kelamaan hati akan gelap-segelapnya justeru diri yang kerdil ini akan jauh dari
Allah SWT.
Keenam,
orang yang mengunyah lidahnya sendiri; orang yang suka bercakap atau memberi tazkirah
tidak serupa dengan apa yang dicakapkannya. Bak kata orang “cakap tak serupa
bikin”. Dan antara 10 golongan ini, golongan ini yang paling dipandang oleh 9
golongan yang lain kerana siksaannya terlalu dahsyat. Penulis juga sangat takut
kerana apa yang penulis sampaikan kepada pembaca tidak terbuat oleh penulis
sendiri. Siksaan ini juga ditujukan kepada pemimpin seperti ulamak dan pemberi
motivasi (orang yang bercakap).
Ketujuh,
tangan dan kaki dipotong; orang yang menyakiti jiran tetangganya. Kelapan,
dipasung dan di salib di batang-batang api; orang yang tangkap orang dan terus
bagi kepada sultan. Sepatutnya, tertuduh selidiki dahulu di manakah silapnya,
kemudian baru diserahkan kepada orang yang sepatutnya. (hakim, peguam, ahli
keluarga mangsa)
Kesembilan,
baunya tersangat busuk daripada bangkai; orang yang mengikut kehendak duniawi
sehingga meninggalkan tuntutan berzakat.
Khususnya, orang-orang kaya yang terlalu inginkan kemewahan.
Dan
yang terakhir, datang dengan berpakaian ’jilbab’ bersalut getah; orang yang
sombong dan bermegah-megah dengan kedudukannya bukan pada tempatnya.
Sepatutnya, lagi tinggi Allah berikan
nikmat kepada kita atau lagi besar jawatan yang kita sandang, sepatutnya
kita lebih tunduk kepada Allah kerana Dialah sebenar-benarnya pemberi nikmat.
Sedang pembaca yang dirahmati Allah,
Sedikit
lagi yang penulis hendak tambah sebelum menutup tirai edisi tazkirah pada kali
ini. Penjelasan Antara muslim dan mukmin, orang Muslim ialah orang yang
menerima Islam dsan Mukmin (orang yang beriman) ialah orang yang melaksanakan
amal. Setiap 1 kebaikan bersamaan dengan 11 kejahatan. Hendak berbuat dosa
cukup-cukup mudah tetapi bila disuruh melakukan amal soleh pelbagai alasan yang
diberi. Penulis ingin mengingatkan para pembaca agar jangan jadi seperti
orang-orang kafir yang mana mereka akan menyesal di hari akhirat kelak kerana
tidak beriman kepada Allah dalam surah As sajdah,ayat ke-12.,
Dan
alangkah ngerinya,jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanyadi hadapan tuhannya,mereka berkata “Ya Tuhan kami,kami
telah melihat dan mendengar,maka kembalikanlah kami (ke dunia),nescaya kami
akan mengerjakan amal soleh.Sungguh kami adalah orang yang yakin
Konklusinya, penulis mengharapkan pembaca
sekalian mensdapat manfaat daripada tinta warkah penulis ini. InsyaAllah kita akan
menyambung lagi tazkirah kita dengan ilmu agama yang berguna di dunia dan
akhirat di masa akan datang. Penulis akan menerbitkan lagi karya seterusnya
pada bulan hadapan. Semoga sama-sama kita bangkit menuju Allah dan Berjaya di
dunia dan di akhirat.
‘MOHON UNTUK TERUS
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM’