RSS

Hijrah Seorang Hamba


K
Assalamualaikum w.b.r.t.h
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Apakah kita ingat bila mana Rasulullah SAW mendapat perintah supaya berhijrah meniggalkan bumi Mekah?Apakah tindakan yang Baginda lakukan sejurus menerima perintah daripada Allah supaya berhijrah itu?Bahkan Baginda terus menjawab “sami’tu  Wa’ata’tu, sesungguhnya aku telah  mendengar danaku telah mentaati akan perintahmu.” Allahuakbar. Itu Rasulullah wahai pembaca yang dikasihi!Betapa hebatnya akhlak junjungan besar umat Islam ,Rasulullah yang penulis kira cukup jauh berbanding dengan akhlak umat Islam pada masa ini.

Sekarang penulis hendak mengulas lanjut maksud sebenar hijrah.Hijrah ialah beransur-ansur daripada batil (keburukan) ke arah kebenaran.Lantaran itu,jika pembaca hendak tahudiri sudah berhijrah ataupun belum,kita boleh koreksi kembali diri dan sentiasa persoalkan ‘Ya Allah,adakah diriku semakin dekat kepada Mu ataupun sebaliknya?’Jika ya,ucapkan Alhamdulillah dan jika tidak sentiasalah kita pebaiki setiap jurang kesalahan kita walaupun kesilapan sekecil zarah.

          Setahu penulis,sepanjang hidup Rasulullah terdapat sebanyak 3 kali Rasulullah berhijrah.Pertama,Rasulullah berhijrah dari Kota Mekah ke Habsyah dengan tujuan untuk menyelamatkan iman para sahabat pada ketikan itu.Kedua,hijrah ke bumi Taif.Waktu itu ketika mana Rasulullah menyampaikan dakwah,Baginda telah dilemparkan dengan pelbagai tohmahan yang menusuk kalbu dan yang paling teruk sekali apabila Rasulullah dibaling dengan batu serta najis unta sehingga gigi geraham Baginda patah dan seluruh badan Baginda dibasahi darah.Subhanallah!Itulah sifat kaum musyrikin ketika itu.Hati mereka cukup keras seperti batu tetapi Rasulullah tetap bersabar kerana Rasulullah yakin suatu hari nanti pasti hati mereka akan terbuka jua untuk memilih Islam sebagai agama yang senantiasa memberikan ketenangan dan kebenaran.Selepas itu,Rasulullah telah lari ke sebuah kebun dan telah menemui malaikat Jibril dengan keadaan Rasulullah ketika ituyang dibasahi darah.Jibril pun bertanya kepada Rasulullah “Wahai kekasih Allah,adakah engkau ingin membalas atas  segala apa yang kaum musyrikin telah lakukan ke atasmu ?”Lalu Rasulullah dengan tenang menjawab “Sesungguhnya aku tidak memerlukan pertolonganmu,wahai Jibril.Berikanlah mereka sedikit peluang kerana aku yakin mereka masih tidak tahu akan agama Islam.Aku pasti Allah akan sentiasa bersama orang yang bersabar.

 Penulis ingin mengingatkan para pembaca bahawa ada orang yang Rasulullah mendoakan laknat untuknya seprti yang terjadi kepada Abu Lahab.Allah SWT telah merakamkan peristiwa ini dalam Al-quran iaitu dalam Surah Al-Lahab.Firman Allah :

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasalah dia.


Mengapakah Rasulullah SAW doakan sedemikian kerana sesungguhnya Abu Lahab telah tahu kebenaran agama Islam  yang disampaikan oleh Rasulullah tetapi masih lagi kuat menentang ajaran Rasulullah.Dan kita ju perlu ingat bahawa ada juga yang Rasulullah doakan rahmat baginya seperti Saidina Umar Al-Khattab,Abu Sufian,Abu Ubaidah Al-Jarrah,Uthman Bin Affan dan lain-lainkerana Rasulullah begitu yakin suatu hari nanti pasti jiwa mereka akan terbuka untuk memeluk agama Islam.Ketiga,hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.Ada Empat kelompok yang berhijrah bersama Rasulullahuntuk membina sebuah negara Islam yang bertamadunDan Rasulullah menyeru para sahabat “Kalau kamu kasih kepada Allah,maka ikutlah bersama kekasih-Nya untuk melakukan hijrah.”Setelah mendengar seruan baginda itu,para sahabat lantas bersiap lalu terus mengikut Rasulullah berhijrah.Berikut merupakan kelompok yang turut berhijrah bersama Rasulullah :-

1)Golongan Bani Tamim iaitu satu qabilah yang diketuai oleh Saidina Abu Bakar terkenal dengan insan yang sentiasa membenarkan segala apa yang dikatakan,kenyataan yang dikeluarkan oleh Rasulullah dan segala lafaz yang diucapkan oleh Rasulullah .Rasulullah telah bersabda bahawa pada akhir zaman nanti,yang akan mengikut Imam Mahadi adalah daripada Bani Tamim.Mulianya kedudukan Bani Tamim di sisi Islam.

2)Golongan pemuda;golongan inilah yang menjadi penentu masa depan sama ada mencapai kemenangan ataupun kekalahan sesebuah Negara.Sebab itulah ,orang Yahudi mempergunakan golongan pemuda-pemudi Islam sehingga mereka terpengaruh dengan budaya barat.Oleh itu,harus ada hammasah (semangat)atau anjakan paradigm untuk mempertahankan agama Islam walaupun orang-orang kafir menolaknya.Firman Allah SWT:


Surah At-Taubah ; Ayat 32
              Mereka hendak padamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan)mereka,tetapi Allah menolaknya ,malah     
                                                                   berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya,walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. 

Tidak seperti yang berlaku di Tunisia yang majoritinya beragama Islam dikhabarkan bahawa menteri-menteri kabinet selepas mengadakan mesyuarat dengan meraikan dengan meminum arak pada bulan Ramadhan.Inikah yang telah Rasulullah unjurkan dalam akhlak Islam?Astaghfirullahal Azim.Belum cukup dengan itu,para ulama’ mereka dipenjarakan di dalam sebuah tempat digambarkan seperti kubur dan tidak diketahui lokasinya selama lebih daripada 20 tahun tanpa diberi makan dan minum.Allahuakbar!Betapa zalimnya pemimpin Islam sekarang yang tidak mengikut acuan agama yang sebenar.Itulah yang dinamakan pemimpin yang berprofil Islam tetapi berpemikiran Barat dan Zionis Laknatullah.
3)Golongan wanita;kelompok ini juga banyak berjasa dalam penyebaran dakwah Islam.Mereka menjadi pembantu yang      setia semasa peperangan , menjadi jururawat dan menjadi pelengkap kepada kaum Adam.Golongan wanita ini diketuai oleh Asma’.
4)Golongan bukan Islam yang juga turut sama-sama berhijrah bersama Rasulullah dan membantu dalam membina sebuah Negara Islam yang digeruni oleh agama-agama lain.

Sebelum penulis menutup tirai kalam raudhah penulis,eloklah penulis unjurkan sepotong ayat Al-quran:


Surah At-Taubah ; Ayat 20

Orang-orang yang beriman dan berhijrahserta berhijrah di jalan Allah,dengan harta dan jiwa mereka,
adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah .Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan


    Konklusinya,sebenarnya penulis menulis warakah ini dengan harapan pembaca membuka tirai pemikiran yang telah lama diselebungi pemikiran jahiliyah.Dalam koteks pada hari ini,hijrah yang paling penting bukanlah tuntutan berperang mahupun berjihad di jalan Allah,tetapi hijrah yang paling penting pada hari ini ialah penghijrahan minda dan pemikiran yang berlandaskan Islam.Jadi,penulis menyeru agar pembaca menghidupkan kembali penghayatan Islam sepanjang hidup di muka bumi pinjaman Allah ini.



Selamat beramal……………


                pukul 11.02 malam ….










~ MOHON UNTUK TERUS MEMBANGUN BERSAMA ISLAM~





























       





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS