RSS

Aku Merasakan Suatu Ketika.....



     Untuk edisi post pada kali ini,penulis telah lakarkan perasaan ataupun luahan sanubari penulis sendiri untuk tatapan dan sajian pembaca.Apa salahnya jika penulis hendak bermadah kata sekiranya hal ini masih tidak melanggar syarak.Walaupun penulis sibuk dengan pelbagai hal,hal itulah,hal inilah… (huh!!mengaduh nasib pulak:p )… macam-macam hal yang perlu diselesaikan,Alhamdulillah,penulis sempat menyiapkan sebuah sajak (tak sangka pulak ada bakat buat sajak..hehe.LOLS: 0  ).Tak kisah la,yang penting input dalam sajak ini saja yang penulis ingin ekspresikan kepada pembaca sekalian.Mungkin sajak ini tak sesastera sajak-sajak lain.Ayuh kita menyelusuri kandungan sajak yang penulis telah nulkilkan bersama……………….

Aku merasakan suatu ketika,
Di malam yang sayu jua pilu,
Menerpa jiwaku menyentap rindu-Mu,
Berkecamuk jantungku menanti keberhentian,
Hatiku bagai ditusuk sembilu,sakit terungkai,
Tanpa sempat mengungkap seaksara kata

Aku merasakan suatu ketika,
Kalam suci-Mu menghentap kebarangkalian,
Acapkali tubudipasak syahwat mengguling,
Menerjah diri ke lembah kealpaan,
Namun…. Iman menyapa penuh kesyahduan,
Mengabdikan diri mengaduh kesengsaraan

Aku merasakan suatu ketika,
Tatkala atmosfera bumi dibasahi embun pagi,
Benak fikiranku bagai ditusuk tombak saga,
Sanubariku mulai bergetar menongkah badai,
Menghambur bicara …… mengukir senyum mesra,
Biarpun jiwa dilamun sejuta kerisauan

Dan ………..
Ku percaya,
Rona kehidupan mesti didepani,
Untuk menggapai cinta yang abadi

Hasil nukilan izzuddin (penulis)
-9.28 p.m.-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WheRe EvEr u R


Asslamualaikum w.b.t



  Salamun ala Rasulina.Peace be upon the nobless among the Prophet that is Prophet Muhammad SAW.In our daily life as soon as we don’t know when our death date,we must always remember Allah wherever we are.It just make  me to remember a song entitled ‘wherever you are’,sang by Sami Yusuf or well known as Cat Steven in Europe.The song  was totally remind us about where you are,there must be Allah that you must remember in every single minute.We don’t need anyone but Allah.Only the heart will understand exactly what I’m talking about.This song is really nice to hear to all individual which had gone far away from Him and don’t know which way to return.Uhh Allah,in each smile,in every single sigh,every minute detail traces of you are found there.Wherever you are,I’ll find you.Cause u’re the one ma love is to.Your love is all I need.Emm,Actually  I just wanna share with you whatever things that my soul wanna ‘talk’.I’m so sorry for not using pure english,’oh my English’.just kidding.Do you know what my English teacher wrote on my exam paper? She wrote like this ‘MDT’.What the hell of the meaning of MDT! I thought that MDT is ‘Master of Delegation of Transformation’.Wow! Sounds great right? Haha,then the teacher told me that MDT is Malay Direct Translation. You know,myself was ‘annoyed’ when  I knew that words.Better I didn’t know instead of I knew.Never mind,I’m trying to improve my English and I don’t mind if the others wanna condemn or critics my English. lols :p
Actually I gonna share with you my ‘masterpiece’.I don’t know what I suppose to call it.Ahh ,whateverrrr . 8p

The title is ‘ Our Balanced Sheet of Life ‘.Hope u’ll enjoy it thanks.

Our joy is our ‘opening’ balance
Our death is our closing balance
Our prejudice views are our liabilities
Heart is our current asset
Soul is our fixed asset
Brain is our fixed deposit
Thinking is our current account
Achievements are our capital
Character and morals are our Stock-in-Trade
Friends are our general reserves
Values and behavior are our goodwill


Patient is our interest eared
Love is our dividend
Children are our bonus issues
Educations is brands and patents
Knowledge is our investment
Experience is our premium account
The aim is tally the balance sheet of life accurately
The goal is to get the best presented accounts award

Thank you………….. =D    12.00p.m.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kefahaman Berkenaan Hukum Merokok





A
lhamdulillah penulis panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan penulis sedikit sebanyak ruang-ruangan kekosongan untuk diisi dengan melakarkan bait-bait yang mana,Insya Allah akan memberikan manfaat kepada kita bersama.InsyaAllah,bagi edisi pada kali ini,penulis ingin mencoretkan info-info atau permasalahan yang berkaitan dengan fiqh medik.Penulis telah memilih satu masalah atau kekeriluan masyarakat khususnya umat Islam Itu sendiri iaitu kemusykilan berkenaan dengan hukum merokok dari sudut pandangan Islam.


Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Baiklah,Apakah sebenarnya hukum merokok?Dulu kita mendengar hukumnya makruh,sekarang haram pula,kenapa?Tuntas,hukumnya jelas sekali haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiriserta orang lain.Pada pandangan penulis,ulama salaf yang terdahulu menjatuhkan hukum makruh kerana pada ketika itu kajian yang dilakukan tidak terdapat seperti  zaman sekarang.

Di sini penulis menguatkan lagi hujah penulis mengenai masalah ini dengan menyelitkan Ayat Al-Quran ,yang mana Allah telah berfirman: “Dan menghalalkan segala benda yang buruk”(Surah al-A’raf 7:157). “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan ……”(Surah al-Baqarah: 195).berdasarkan kesepakatan doktor-doktor pakaryang bijaksana lagi dipecayai,merokok termasuklah dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.
“Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”(Surah A-Isra’ 17 : 26-27)Merokok adalah suatu pembaziran yang nyata yang akan memusnahkan keluarga dan ekonomi.Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya,katanya: “Harun Bin Abdullah menceritakan kepada kami,katanya,Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah SAW melarang mengambil ubat – ubatan yang keji.”(Hadis sahih).Menurut hadis ini,Rasulullah pun telah mengharamkan pengambilan ubat yang keji dan kotor disisi syarak apatah lagi mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.
Intihanya,penulis menyeru kepada penjual rokok,ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tidak berkat adalah kerana menjual rokok.Untuk apa kita mendapat keuntungan seringgit dua sekiranya ia boleh menghancurkan anak bangsa?Buat para perokok,penulis berpesan  supaya berusahalah sehabis daya untuk berhenti merokok.Merokok itu kehinaan kerana itulah perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok.Akhir kata daripada penulis,buatlah sesuatu yang akan mennyenangkan orang lain dan lakukanlah anjakan paradigma semoga kehidupan kita di dunia akan dirahmati oleh Allah SWT . Ingatlah,tidak ada sesuatu yang dicipta oleh-Nya Sebagai sesuatu yang sia-sia belaka.Dan InsyaAllah segala apa yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat balasan yang luar biasa dan terlalu indah untuk dinikmati.
InsyaAllah,Jika penulis mempuyai kekosongan masa,penulis akan terus menukilkan kalimah keemasan ini sebagai wadah rujukan dan santapan rohani dalam usaha untuk melahirkan generasi yang faham tentang agama secara menyeluruh.


#mohonuntukterusmembangunbersamaislam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TaNgaN DihuLur MaAf DiPinTa


"Dua nikmat yang sering
manusia lupakan ialah 
nikmat kesihatan dan 
masa lapang"
Asslamualaikum w.b.t.
Salam ukhuwah,salam intelektual,salam penguat kekuatan,justeru,menjadi pencetus anjakan paradigma mu'min.Pertama-tamanya,penulis dengan rasa rendah dirinya menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan dan keampunan kepada semua pembaca dan pengunjung yang acapkali mengikuti perkembangan blog ini . Penulis sudah sedaya upaya mencari ruangan-ruangan kekosongan waktu untuk memahat kalimah dan bait-bait aksara ke dalam ruangan post ini.Namun, kesibukan dengan hal duniawi bukanlah alasan yang layak diberi kerana penulis rasa tidak wajar sekiranya alasan sibuk dengan hal peribadi langsung tidak boleh diguna pakai kerana sesungguhnya Allah telah mengurniakan 24 jam sehari,namun kebiasaannya manusia tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.Penulis teringat akan hadis Rasulullah SAW berkenaan dengan dengan masa yang mana baginda bersabda "Dua nikmat yang sering dilupakan oleh seluruh umat manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”.Jelas sekali, penulis gagal menggunakan masa yang telah Allah kurniakan dengan sebaik-baiknya.Insya-Allah,penulis telah berazam dan bertekad untuk cuba mengisi ruangan-ruangan kekosongan di blog ini.Sekali lagi,penulis memohon maaf kepada semua pengunjung yang dirahmati Allah.

# mohonuntukterusmembangunbersamaislam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS