RSS

Kefahaman Berkenaan Hukum Merokok





A
lhamdulillah penulis panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan penulis sedikit sebanyak ruang-ruangan kekosongan untuk diisi dengan melakarkan bait-bait yang mana,Insya Allah akan memberikan manfaat kepada kita bersama.InsyaAllah,bagi edisi pada kali ini,penulis ingin mencoretkan info-info atau permasalahan yang berkaitan dengan fiqh medik.Penulis telah memilih satu masalah atau kekeriluan masyarakat khususnya umat Islam Itu sendiri iaitu kemusykilan berkenaan dengan hukum merokok dari sudut pandangan Islam.


Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Baiklah,Apakah sebenarnya hukum merokok?Dulu kita mendengar hukumnya makruh,sekarang haram pula,kenapa?Tuntas,hukumnya jelas sekali haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiriserta orang lain.Pada pandangan penulis,ulama salaf yang terdahulu menjatuhkan hukum makruh kerana pada ketika itu kajian yang dilakukan tidak terdapat seperti  zaman sekarang.

Di sini penulis menguatkan lagi hujah penulis mengenai masalah ini dengan menyelitkan Ayat Al-Quran ,yang mana Allah telah berfirman: “Dan menghalalkan segala benda yang buruk”(Surah al-A’raf 7:157). “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan ……”(Surah al-Baqarah: 195).berdasarkan kesepakatan doktor-doktor pakaryang bijaksana lagi dipecayai,merokok termasuklah dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.
“Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”(Surah A-Isra’ 17 : 26-27)Merokok adalah suatu pembaziran yang nyata yang akan memusnahkan keluarga dan ekonomi.Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya,katanya: “Harun Bin Abdullah menceritakan kepada kami,katanya,Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah SAW melarang mengambil ubat – ubatan yang keji.”(Hadis sahih).Menurut hadis ini,Rasulullah pun telah mengharamkan pengambilan ubat yang keji dan kotor disisi syarak apatah lagi mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.
Intihanya,penulis menyeru kepada penjual rokok,ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tidak berkat adalah kerana menjual rokok.Untuk apa kita mendapat keuntungan seringgit dua sekiranya ia boleh menghancurkan anak bangsa?Buat para perokok,penulis berpesan  supaya berusahalah sehabis daya untuk berhenti merokok.Merokok itu kehinaan kerana itulah perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok.Akhir kata daripada penulis,buatlah sesuatu yang akan mennyenangkan orang lain dan lakukanlah anjakan paradigma semoga kehidupan kita di dunia akan dirahmati oleh Allah SWT . Ingatlah,tidak ada sesuatu yang dicipta oleh-Nya Sebagai sesuatu yang sia-sia belaka.Dan InsyaAllah segala apa yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat balasan yang luar biasa dan terlalu indah untuk dinikmati.
InsyaAllah,Jika penulis mempuyai kekosongan masa,penulis akan terus menukilkan kalimah keemasan ini sebagai wadah rujukan dan santapan rohani dalam usaha untuk melahirkan generasi yang faham tentang agama secara menyeluruh.


#mohonuntukterusmembangunbersamaislam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment