RSS

10 GoLonGaN YaNg Dibangkitkan Di AKhiRat KeLAk


b
assalamualaikum w.b.t
               
           Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw yang menjadi pemimpin umat dan pembawa rahmat ke seluruh alam buana ini. Kembali lagi penulis dalam menerbitkan satu pesan rahmat yang mungkin sedikit sebanyak dapat dijadikan pedoman buat pembaca yang dirahmati Allah. Dalam edisi ini, penulis akan melayarkan pemikiran pembaca tentang satu bab dalam kitab yang dikarang oleh Imam Syafie. Penulis memilih Bab 12 yang penulis kira cukup penting untuk pembaca dalami. Dalam bab ini, pelbagai persoalan dirungkai tentang berita dahsyat tentang hari kehancuran dunia iaitu hari kiamat. Di dalam bab ini juga diterangkan hadith daripada Muaz bin Jabal (terkenal dengan gelaran pemegang panji feqah umat Islam) tentang hari kiamat.
Sidang pembaca yang dikasihi,
                Baiklah. Sekarang penulis akan menerangkan Bab 12 ini dengan lebih jelas. Daripada Muaz bin Jabal, sabda Nabi Muhammad SAW :
  “Suatu hari, aku telah bertanya kepada Rasulullah tentang Surah An-Naba’ (berita yang dahsyat) “Wahai Rasulullah kekasih Allah, bagaimana tuan dapat terangkan ayat ini? “ Rasulullah menjawab “Wahai Muaz, sesungguhnya kau telah bertanya kepadaku sesuatu yang sangat dahsyat.” Lalu Rasulullah menangis.
Setelah reda daripada tangisan, Rasulullah pn berkata “ Akan dihimpunkan10 bangsa dalam umatku dalam pelbagai keadaan dan Allah telah asingkan mereka, antara yang muslim dan yang munafik. Pada masa itu, diubah rupa paras mereka tidak ubah seperti rupa di dunia dahulu. Rupa mereka seperti berikut :-

1)      1)  Kera
2)       2) Khinzir
3)       3) Diterbalikkan kaki ke atas dan mukanya diseret di bawah
4)       4) Mereka berjalan dalam keadaan buta
5)       5) Mereka akan menjadi buta, tuli, tiada akal dan juga bisu.
6)       6) Mereka akan mengunyah lidah mereka sehingga terkulai lidah mereka ke dada                          dalam  keadaan  nanah  mengalir.
7)       7)Tangan terpotong dan kaki terpotong.
8)       8)Dipasung dab disalib di batang-batang api.
9)       9)Baunya tersangat busuk daripada bangkai.
10)    10)Mereka datang dengan berpakaian ‘jilbab’ besalut getah.

           Mesti pembaca tertanya-tanya sebab apa mereka dijadikan / dibangkitkan dalam keadaan sebegitu sekali. Sekarang penulis akan menerangkan bagi setiap rupa yang terdapat dalam hadith ini. Rasulullah memberitahu ; Manusia yang dibangkitkan diakhirat kelak yang rupanya seperti kera. Kerana apakah mereka menjadi sedemikian rupa? Ini adalah kerana di dunia dahulu dialah orang yang suka menabur fitnah dan suka melemparkan tohmahan serta cacian kepada saudaranya. Penulis banyak memerhati dan meneliti setiap tindak tanduk manusia dan rakan-rakan penulis sendiri. Penulis terkejut dan terus beristighfar sebanyak-banyaknya kerana sedih mengenangkan perbuatan mereka. Mereka dengan sesuka hatinya mengucapkan kata-kata kesat (mencarut) tanpa rasa bersalah kepada Allah S.W.T. dan suka mencaci dan memanggil rakan mereka dengan panggilan yang tidak elok. Penulis bukan hendak mengata tetapi hendak menyedarkan pembaca bahawa begitu hinanya orang yang suka menyebarkan fitnah di muka bumi dan sudah tentu tempat yang abadi juga hina sehina-hinanya iaitu neraka.
                Kedua, rupa khinzir kerana mereka mengusahakan harta atau sumber yang haram. Dalam bab haram dan syak/ riba’ ini terlalu luas untuk penulis huraikan dan InsyaAllah penulis akan karangkan khas untuk bab ini sahaja.
                                                                      
             Ketiga, diterbalikkan kaki ke atas dan mukanya diseret ke bawah: orang yang makan riba.’ Keempat, dibangkitkan dalam keadaan buta; kerana berlaku zalim dalam menjatuhkan hukuman. Inilah sebenarnya peringatan yang Allah beri kepada para hakim yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah.
                Kelima, mereka akan jadi tuli, bisu, tiada akal dan juga buta; orang yang riak dengan amal kebaikan yang dilakukan. Terkadang penulis juga ada sifat sebegitudan penulis rasa dan berfikir bahawa terdapat perbezaan anatra iman dan amalan. Yang pentingnya, iman tidak perlu di timbang dan amalan yang akan ditimbang. Jadi jangan dibiarkan penyakit riak ini bersenandung di hati keranb lama kelamaan hati akan gelap-segelapnya justeru diri yang kerdil ini akan jauh dari Allah SWT.

                Keenam, orang yang mengunyah lidahnya sendiri; orang yang suka bercakap atau memberi tazkirah tidak serupa dengan apa yang dicakapkannya. Bak kata orang “cakap tak serupa bikin”. Dan antara 10 golongan ini, golongan ini yang paling dipandang oleh 9 golongan yang lain kerana siksaannya terlalu dahsyat. Penulis juga sangat takut kerana apa yang penulis sampaikan kepada pembaca tidak terbuat oleh penulis sendiri. Siksaan ini juga ditujukan kepada pemimpin seperti ulamak dan pemberi motivasi (orang yang bercakap).
                Ketujuh, tangan dan kaki dipotong; orang yang menyakiti jiran tetangganya. Kelapan, dipasung dan di salib di batang-batang api; orang yang tangkap orang dan terus bagi kepada sultan. Sepatutnya, tertuduh selidiki dahulu di manakah silapnya, kemudian baru diserahkan kepada orang yang sepatutnya. (hakim, peguam, ahli keluarga mangsa)

                Kesembilan, baunya tersangat busuk daripada bangkai; orang yang mengikut kehendak duniawi sehingga meninggalkan tuntutan berzakat.  Khususnya, orang-orang kaya yang terlalu inginkan kemewahan.

                Dan yang terakhir, datang dengan berpakaian ’jilbab’ bersalut getah; orang yang sombong dan bermegah-megah dengan kedudukannya bukan pada tempatnya. Sepatutnya, lagi tinggi Allah berikan  nikmat kepada kita atau lagi besar jawatan yang kita sandang, sepatutnya kita lebih tunduk kepada Allah kerana Dialah sebenar-benarnya pemberi nikmat.


Sedang pembaca yang dirahmati Allah,
         Sedikit lagi yang penulis hendak tambah sebelum menutup tirai edisi tazkirah pada kali ini. Penjelasan Antara muslim dan mukmin, orang Muslim ialah orang yang menerima Islam dsan Mukmin (orang yang beriman) ialah orang yang melaksanakan amal. Setiap 1 kebaikan bersamaan dengan 11 kejahatan. Hendak berbuat dosa cukup-cukup mudah tetapi bila disuruh melakukan amal soleh pelbagai alasan yang diberi. Penulis ingin mengingatkan para pembaca agar jangan jadi seperti orang-orang kafir yang mana mereka akan menyesal di hari akhirat kelak kerana tidak beriman kepada Allah dalam surah As sajdah,ayat ke-12.,

Dan alangkah ngerinya,jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanyadi hadapan tuhannya,mereka berkata “Ya Tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar,maka kembalikanlah kami (ke dunia),nescaya kami akan mengerjakan amal soleh.Sungguh kami adalah orang yang yakin
       
 Konklusinya, penulis mengharapkan pembaca sekalian mensdapat manfaat daripada tinta warkah penulis ini. InsyaAllah kita akan menyambung lagi tazkirah kita dengan ilmu agama yang berguna di dunia dan akhirat di masa akan datang. Penulis akan menerbitkan lagi karya seterusnya pada bulan hadapan. Semoga sama-sama kita bangkit menuju Allah dan Berjaya di dunia dan di akhirat.


‘MOHON UNTUK TERUS MEMBANGUN BERSAMA ISLAM’


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS